Connect with us

Oh! Media

Azrul Raja Lawak Pernah Kena ‘Terminate’ 24 Jam, Ganti DJ 2 Minggu Tak Ada Gaji Alasan Hanya ‘Test’

radio

Trending

Azrul Raja Lawak Pernah Kena ‘Terminate’ 24 Jam, Ganti DJ 2 Minggu Tak Ada Gaji Alasan Hanya ‘Test’

Politik radio kejam! Itulah yang dikongsi pelawak dan penyampai radio Azrul Raja Lawak yang pernah mengalami pengalaman serupa seperti Tyzo Xander.

ADVERTISEMENT

BACA: Linda Onn Kongsi Realiti Sebenar Dunia Radio, Rating ‘Mencanak’ Tiba-Tiba Kontrak Ditamatkan

Pelawak ini tertarik untuk berkongsi pengalaman selepas kecoh isu penyampai radio Suria FM, Tyzo yang tak disambung kontrak dikatakan kerana penganiayaan.

BACA: “Thank You So Much Penganiayaan Ini” – Tyzo Bukan Lagi DJ Suria FM, Netizen Luah Rasa Sedih

Kata Azrul, dia pernah menerima ‘kejutan’ dipanggil ke bilik pejabat dan diberitahu hari itu hari terakhir dia bertugas.

@azrul_rajalawak Bkn masalah baru tp dr dlu lg..demi duit sanggup tutup rezeki org. #fyp #fypシ #kasiviral #ceritabenar #videoviral ♬ original sound – azrul_rajalawak

Dia juga pernah menggantikan seorang DJ yang baru meninggal dunia secara tiba-tiba selama dua minggu.

Bila selesai tugas, manager radio memaklumkan Azrul tak menerima bayaran di atas alasan hanya mahu ‘test’.

“Eh tak ada payment, ini aku saja nak test kau je,” katanya. Sedangkan kita dah biasa buat ‘weekend’ di stesen radio tu.

Ada juga stesen radio yang memanggil penyampai dalam kalangan selebriti untuk menaikkan rating stesen radio.

azrul

Apabila mencapai target pendengar, Azrul diberitahu dia perlu berhenti kerana radio tak ada ‘bajet’ nak membayar penyampai.

Dedah Azrul, perkara ini biasa berlaku kepada kebanyakan penyampai-penyampai radio yang lain juga. Tengah sedap bekerja, tiba-tiba kontrak ditamatkan 24 jam.

Kredit: TikTok @azrul_rajalawak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas