Connect with us

Oh! Media

Azlee Akhirnya Bersuara Dan Dedah Keadaan Terkini Yassin

Trending

Azlee Akhirnya Bersuara, Dedah Keadaan Terkini Yassin

Anggota kumpulan legenda Senario, Azlee Jaafar akhirnya bersuara selepas diminta mengulas mengenai rakan seperjuangannya, Yassin Yahya yang ‘hilang’ dan senyap dari industri hiburan sejak beberapa bulan lalu.

BACA: Wahid Dedah Sesuatu Mengenai Yassin Senario!

IKLAN

Azlee mendedahkan bahawa isteri Yassin sendiri ada menghubunginya, memaklumkan bahawa Yassin berada dalam keadaan sihat dan baik.

Yassin berada di tempat yang baik

Kredit foto: Kosmo

Menerusi laporan daripada Harian Metro, Azlee turut memberi bayangan bahawa dalam beberapa minggu lagi, semua pihak akan menerima berita gembira mengenai Yassin dan mereka berpeluang untuk bersama semula.

Saya percaya semua orang pun sudah tahu dia ada di mana. Bagi saya, di mana pun dia berada, kita sama-sama doakan yang baik-baik untuknya.

Sebenarnya, saya pun ‘sedih’ sebab kita berpuasa di sini, tapi dia dapat berbuka puasa ‘di sana’ dan betapa beruntung dirinya. Itu adalah rahmat yang Allah beri padanya.-Katanya

Azlee juga berkongsi, Yassin kini sedang mendalami ilmu dan berkemungkinan akan berkongsi serta mengajarkan ilmu tersebut kepada orang lain pada masa akan datang.

Kredit foto: Berita Harian

Dalam pada masa yang sama, Azlee turut menyatakan harapannya agar semua anggota Senario, termasuk Yassin, dapat bersatu semula dan menjayakan konsert berskala besar kumpulan itu yang dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka pada Oktober ini.

Azlee Akhirnya Bersuara Dan Dedah Keadaan Terkini Yassin

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook
Rujukan kami: Harian Metro


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas