Trending
Azhar Sulaiman Luah Rasa Takut Bila Dengar Banyak Kes Penceraian Dalam Kalangan Selebriti
Sejak kebelakangan ini, banyak kes penceraian yang berlaku dalam kalangan selebriti di Malaysia. Setelah mendengar beberapa berita pelakon Azhar Sulaiman meluahkan dia menjadi bimbang dan takut.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Azhar berkata dia juga turut bersedih apabila mendengar beberapa rakan selebriti telah berpisah dengan pasangan mereka.
Hantaran yang dimuat naik Azhar Sulaiman
Tahun 2024 merupakan tahun yang buruk kepada ramai pasangan selebriti yang telah berpisah. Rasa sedih dan takut mula menyakat minda Behar.
Dalam hantaran tersebut, Azhar juga turut berkongsi gambarnya bersama isteri dan tiga orang anaknya.
Menjengan ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan kesejahteraan rumah tangga Azhar dan isteri.
Untuk makluman, Azhar telah mendirikan rumah tangga bersama isteri, Chempaka Emalin Pahamin pada 23 Julai 1995. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram @azharbsulaiman
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM