Connect with us

Oh! Media

Aunty Foodpanda Rupanya Bekas Penulis Majalah, Hilang Kerja Sejak PKP

  25

Trending

Aunty Foodpanda Rupanya Bekas Penulis Majalah, Hilang Kerja Sejak PKP

Baru semalam ohmedia tulis tentang satu gambar viral seorang aunty berbangsa Cina yang dipercayai bekerja sebagai penghantar makanan Foodpanda. Tadi, Ustaz Ebit Lew dah buat satu post baru di Facebook yang beliau dah pergi jumpa sendiri dengan aunty tersebut.

Capture 3

BACA : Nenek Tua Kerja Foodpanda, Inspirasi Buat Anak Muda? Ini Respon Netizen

Aunty Christine Ti rupanya baru sahaja kehilangan ibunya dan sekarang cuma tinggal berdua dengan adiknya. Tinggal di Kuala Lumpur, rupanya aunty Christine merupakan bekas penulis sebuah majalah berbahasa Inggeris. Tapi, aunty hilang pekerjaan disebabkan oleh PKP. Ustaz Ebit sempat memuji penulisan dan bahasa Inggeris yang digunakan oleh aunty Christine.

IKLAN
129722222 3792271400803077 3716198682133394575 o

Untuk tampung perbelanjaan hidup, aunty Christine terpaksa bekerja sebagai Foodpanda. Apa yang lagi sedih, dia cuma mampu berulang-alik untuk bekerja dengan hanya menggunakan sebuah kereta Kancil lama sahaja. Macam biasalah, Ustaz Ebit pun bantu aunty Christine untuk tukar tayar dan servis keretanya yang dah pun berusia 25 tahun.

130274527 3792271344136416 8727542781454574729 o
130248050 3792271364136414 5771337296079670688 o 1

Bukan itu je, Ustaz Ebit kata nak tolong baiki rumah aunty Christine yang dah bocor dan ada kerosakan. Kata ustaz, aunty happy je walaupun hanya kerja dengan Foodpanda. Tiada politik kerja, anak muda yang sama-sama kerja pun semua baik-baik. Allahu, baiknya hati ustaz. Sanggup turun padang dan cari sendiri aunty Christine untuk jumpa depan-depan. Tak semua orang mampu buat macam ustaz. Ustaz Ebit juga minta netizen untuk doakan aunty Christine supaya terus kuat dan cekal untuk teruskan hidup.

129906812 3792271430803074 646522665912159793 o

Banyak pengajaran kita dapat dari kisah ni, kan? Pasal Ustaz Ebit Lew yang tak pernah penat tolong orang lain. Pasal aunty Christine yang tabah dan tak beri alasan untuk hidup. Allahu, ramai lagi orang yang lebih susah di luar sana. Jadi, kita yang dah diberi pelbagai kesenangan ni, kenalah lebih bersyukur.

Kredit: Facebook Ustaz Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas