Connect with us

Oh! Media

Nenek Tua Kerja Foodpanda, Inspirasi Buat Anak Muda? Ini Respon Netizen

Trending

Nenek Tua Kerja Foodpanda, Inspirasi Buat Anak Muda? Ini Respon Netizen

Lagi satu posting viral yang ohmedia jumpa di Twitter. Seorang pengguna ada upload gambar seorang nenek tua yang dipercayai bekerja sebagai Foodpanda Walker. Dengan caption ‘Apa alasan anda anak muda?’, posting tersebut telah mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen.

ADVERTISEMENT

Menurut World of Buzz, posting tersebut awalnya dibuat oleh seorang wanita berbangsa Cina, Tiffany Chang di Facebook sebelum mula diviralkan oleh pengguna lain. Kata Tiffany, dia lihat wanita tua tersebut tengah tunggu order siap di sebuah restoran di Bandar Sunway. Dengan pakaian uniform dan sebuah beg Foodpanda di ribanya, memang jelas yang aunty ni kerja menghantar pesanan makanan.

Yang buat lagi sayu bila tengok aunty ni sangat-sangat menjaga kebersihan dan patuh pada SOP. Bukan setakat pakai mask, tangan pun dia pakai glove dan phone pun dibalut dengan plastik. Alahai, bagusnya aunty. Dengan rambut yang dah sedia memutih, nampak sangat aunty dah terlalu tua untuk bekerja.

Yang menarik perhatian adalah response yang netizen beri terhadap isu ini. Ada yang puji aunty tersebut sebab masih gagah bekerja, ada yang cakap pekerjaan tak mengenal usia. Ada juga yang perli anak-anak muda sekarang, tak malu ke bila tengok orang tua keluar bekerja, tapi kau duduk goyang kaki dekat rumah?

Tapi, ada juga yang tak setuju dengan komen tersebut. Kata mereka, ini bukan sesuatu yang patut dikagumi atau dijadikan inspirasi pada orang lain. Sebaliknya, isu ini jelas menunjukkan yang sebenarnya ada yang tak kena dengan sistem di Malaysia sendiri. Yelah, aunty tersebut dah tergolong dalam golongan ‘warga emas’, kenapa masih perlu keluar bekerja untuk tampung perbelanjaan diri? Hm, betul juga apa yang mereka kata.

Apapun, kami di ohmedia doakan agar aunty dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk terus bekerja. Mungkin ada sebab yang tertentu menyebabkan dia terpaksa lakukan kerja ini. Bagi pihak yang berkaitan pula, mungkin dah boleh mula ambil tindakan sewajarnya bila benda dah jadi viral macam ni. Tapi, kami tetap bangga sebab ini menunjukkan masyarakat masih prihatin dengan orang sekeliling. Syabas, rakyat Malaysia!

Kredit: World of Buzz, Twitter Safwan Ismail, Facebook Tiffany Chang

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas