Connect with us

Oh! Media

“Atas Dasar Apa?” – Netizen Persoal Sekolah Panggil Haqiem Stopa Bagi Motivasi Dekat Pelajar

Trending

“Atas Dasar Apa?” – Netizen Persoal Sekolah Panggil Haqiem Stopa Bagi Motivasi Dekat Pelajar

Nama influencer TikTok, Haqiem Stopa baru-baru ini menjadi sebutan gara-gara namanya dikaitkan sebagai ikon permotoran anak muda oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara YB Senator Wan Ahmad Fayhsal.

ADVERTISEMENT

Orang ramai mempersoalkan bagaimana anak muda yang baru berusia 22 tahun itu mendapat jolokan sebegitu sedangkan masih ramai yang layak dan sudah mengharumkan nama negara.

BACA: “Hafizh Syahrin Elok Pencen Jela” – Netizen Kesal Influencer TikTok Digelar Ikon Permotoran Anak Muda

Terbaru, nama Haqiem sekali lagi menjadi perdebatan apabila dia dipanggil ke sebuah sekolah dipercayai untuk bercakap di depan pelajar yang lain.

@haqiemstopa Trima Kasih SMK Sungai Besi 🤙🏻 #haqiemstopa #fyp #fypシ #matrempit ♬ original sound – Haqiem_stopa

Pengguna Facebook Kuro Bikeseller bertanya atas dasar apa influencer yang mempunyai lebih 800,000 pengikut di TikTok itu dijemput.

Cemerlang dalam pendidikan? Cemerlang dalam usahawan? Cemerlang dalam dunia permotoran?

Beliau meluahkan rasa tidak setuju apabila orang sepertinya diberi peluang untuk bercakap depan pelajar-pelajar yang merupakan pelapis masa depan.

Orang macamni patut kita ignorekan, bukan diberi perhatian.

Sehingga kini perkongsian yang dibuat di Facebook itu mendapat lebih 3,000 shares. Ramai yang turut meluahkan pendapat masing-masing mengenai kedatangan Haqiem ke sekolah.

Kredit: Facebook Kuro Bikeseller | TikTok Haqiem Stopa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas