Connect with us

Oh! Media

Asad Motawh Dikatakan Suka Menunjuk-Nunjuk Rumah Sendiri

Oh! Artis

Asad Motawh Dikatakan Suka Menunjuk-Nunjuk Rumah Sendiri

Penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh yang baru sahaja berusia 19 tahun sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah.

ADVERTISEMENT

Menurut penyanyi muda itu, dia memilih untuk tidak menayang kememawahan yang dimilikinya kerana beranggapan ia bukanlah kelebihan.

Saya mula miliki rumah sewaktu berusia 19 tahun.Apa yang saya miliki hari ini biasa-biasa saja.Mungkin sebab saya mempunyai ramai kawan-kawan artis yang kaya.

Apabila seseorang itu semakin kaya, semakin sedikit kekayaan yang ingin ditunjukkan kepada orang lain.Saya tak nampak apa-apa kelebihan kalau menunjukkan harta.

Lagipun kalau saya tunjuk segala aset, nanti orang tetap akan mengata saya acah-acah dan sebagainya.

Ditanya berkenaan sambutan raya, Asad lebih gemar menikmati Hari Raya Aidilfitri sewaktu tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mungkin pelik bagi segelintir pihak, namun bagi saya beraya ketika masa PKP adalah masa kegemaran saya. Ini kerana semuanya ‘stucked’ dalam rumah yang sama.

Dan kita berpeluang untuk menjalani ibadah berpuasa dan beraya dari awal sehingga akhir bersama-sama. Sebelum ini, kita tidak dapat duduk semeja kerana tuntutan kerja dan sebagainya.

Jadi saya betul-betul memanfaatkan PKP. Jika dibandingkan dengan PKP dan beraya dengan keadaan normal, saya jujurnya merindui momen itu.Bagi saya, sambutan raya keluarga saya biasa-biasa saja.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas