Connect with us

Oh! Media

Arab Saudi Wajibkan Jemaah Lengkap Vaksin, Tunjuk Keputusan ‘Negatif’ PCR

arab saudi

Trending

Arab Saudi Wajibkan Jemaah Lengkap Vaksin, Tunjuk Keputusan ‘Negatif’ PCR

Arab Saudi mewajibkan jemaah umrah tempatan dan antarabangsa yang mahu menziarahi Tanah Suci untuk lengkap vaksin dan menunjukkan keputusan negatif ujian PCR Covid-19.

ADVERTISEMENT

BACA: 14 Peratus Jemaah Umrah Tak Ambil Vaksin, Punca Terkena Jangkitan Omicron?

Menerusi laporan Awani, Hesham A. Saeed, jurucakap rasmi Kementerian Haji dan Umrah menyatakan hanya jemaah yang sudah membuat ujian PCR atau RTK (Ag) dan mendapat keputusan negatif Covid-19 saja dibenarkan memasuki Arab Saudi.

Lebih 200 ribu permohonan visa diterima

arab saudi

Jemaah umrah diwajibkan untuk melengkapkan vaksinasi sebelum berangkat ke Tanah Suci dan daftar melalui aplikasi ‘Tawakkalna’ dan ‘Eatmarna’.

Hesham mengatakan pihaknya mendapat lebih 282,000 permohonan visa umrah sejak bermulanya musim umrah 1443 Hijrah dan mungkin akan bertambah menjelang bulan Ramadhan akan datang,

Jemaah umrah juga diminta untuk sentiasa menjaga SOP yang ditetapkan untuk menghadapi varian Omicron Covid-19 ketika di Tanah Suci.

Semoga perjalan jemaah umrah dipermudahkan dan dilindungi dari sebarang wabak Covid-19.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas