Connect with us

Oh! Media

Apple Mahu Keluarkan Kereta Jenama Sendiri, Ini Reaksi Lucu Netizen

Trending

Apple Mahu Keluarkan Kereta Jenama Sendiri, Ini Reaksi Lucu Netizen

Wah wah, tak cukup dengan iPhone dan laptop, Apple sekarang tengah plan untuk bangunkan kenderaan penumpang mereka sendiri. Dengar-dengarnya, ia mungkin akan dilancarkan tahun 2024 nanti. Mesti ramai peminat setia jenama Apple yang tak sabar nak tunggu.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan, Apple dijangkan akan sertakan sistem swapandu ataupun autonomous driving dekat kereta tersebut. Bukan itu je, bateri kereta pun akan dilengkapi dengan teknologi yang serba baru. Menurut Reuters, teknologi yang ada pada bateri tersebut membolehkan kereta dipandu dengan jarak yang lebih jauh dari kereta sedia ada.

Kalau ikutkan, Apple memang dah lama rancang untuk keluarkan kereta jenama sendiri. Tapi pada tahun 2016, diorang decide untuk kecilkan skop dan hanya fokus pada pembangunan teknologi swapandu yang mungkin ingin dilesenkan pada pengeluar kenderaan sedia ada. Cuma baru-baru ini, Apple sekali lagi luahkan hasrat untuk bangunkan kenderaan dengan jenama mereka sendiri.

Tapi memandangkan dengan wabak pandemik yang melanda dunia, kalau tak dapat keluar tahun 2024 pun, mereka mungkin akan tunda sedikit dan lancarkannya sekitar tahun 2025. Hm, kalau ikutkan takdelah lama dah. Minggu depan pun dah masuk 2021. Pejam celik pejam celik, dah 2025.

Tapi yang tarik perhatian ohmedia di social media adalah respons yang diberikan netizen bila dapat tahu berita ni. Kan iPhone 12 yang baru dilancarkan oleh Apple, tak disekalikan dengan charger. Jadi diorang kata, mungkin kereta ini juga akan hadap masalah yang sama. Mungkin tayar, seat, engine, signal, semuanya dijual secara berasingan.

Alahai, pandai korang ya cari bahan! Tapi nanti bila dah keluar, beratur juga orang nak beli. Hahaha, takpelah. Kita nantikan je agak-agak macam mana rupanya kereta jenama Apple. Tak tahu lah nanti panggil iCar ke Apple Car.

Kredit: Amanz

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas