Trending
Anwar Ibrahim Sahkan Terima Nota Bantahan Isu Kemasukan Tengku Zafrul Dalam PKR
Anwar Ibrahim sahkan terima nota bantahan UMNO isu kemasukan Tengku Zafrul ke PKR.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau sudah menerima nota bantahan daripada UMNO.
Menurt laporan Harian Metro, ini adalah berhubung dengan isu kemasukan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke dalam PKR.
Surat (nota bantahan) itu sudah lama (diterima). Saya kena semak dengan Setiausaha Agung.
UMNO anggap tindakan PKR boleh jejas hubungan

Sebelum ini, UMNO melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan tindakan menerima bekas ahli UMNO ke dalam parti gabungan boleh mengeruhkan hubungan dalam Kerajaan Perpaduan.
Nota bantahan itu dibuat selepas Tengku Zafrul, yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, mengesahkan permohonannya untuk menyertai PKR telah diterima.
Tengku Zafrul sah jadi ahli PKR cabang Ampang

Tengku Zafrul sebelum ini mengumumkan keluar UMNO pada 30 Mei lalu, sekali gus melepaskan jawatannya sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan Ahli UMNO
Kini, beliau sah menjadi ahli PKR Cabang Ampang, meskipun wujud bantahan daripada sebahagian pimpinan UMNO yang tidak bersetuju dengan langkah tersebut.
Pssttt! Perpaduan politik perlukan tolak ansur, bukannya perbalahan. Apa pun keputusan, semua pihak harus utamakan kestabilan demi rakyat.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM