Trending
Anwar Ibrahim Maklum Penambahbaikan SARA Pastikan Bantuan Lebih Tersusun Dan Bersasar
SARA dipertingkat! 3.1 juta bujang terima bantuan terus dalam MyKad, kedai kecil turut terlibat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan penambahbaikan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) digubal dengan penuh iltizam bagi memastikan rakyat dapat memenuhi keperluan asas secara lebih tersusun, bersasar dan berterusan.
Menurut laporan Harian Metro, beliau berkata langkah itu selari dengan tekad Kerajaan MADANI untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat yang kian mencabar.
3.1 juta bujang terima SARA terus ke MyKad

Menurut Anwar, seramai 3.1 juta individu bujang kini turut menikmati manfaat SARA melalui pengkreditan terus ke dalam MyKad bermula hari ini.
Bantuan sehingga RM100 sebulan itu boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai berdaftar.
Anwar menegaskan inisiatif SARA bukan sekadar bantuan tunai, malah memberi nafas baharu kepada ekonomi tempatan dengan melibatkan lebih banyak peniaga kecil.
Penyertaan kedai-kedai kecil dalam rangkaian SARA diperluas kepada 10,000 premis di seluruh negara agar kekayaan negara tidak berlegar di pusat semata-mata, tetapi mengalir kembali kepada peniaga kecil di bandar, pekan dan desa.
Anwar Ibrahim kata tiada rakyat yang tercicir

Beliau turut memberi jaminan bahawa tiada rakyat akan tercicir atau terpinggir dalam usaha kerajaan memenuhi keperluan asas kehidupan.
Inilah semangat MADANI yakni kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, melangkah bersama-sama membina masa depan negara berteraskan keadilan, kemakmuran dan kesejahteraan untuk semua.
Penyaluran SARA Bulanan 2026 bermula 9 Januari melibatkan lima juta penerima, terdiri daripada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tanpa pasangan
Secara keseluruhan, 8.1 juta penerima akan menerima SARA pada 2026 dengan peruntukan RM8 bilion, meningkat berbanding 5.4 juta penerima dan RM5 bilion pada tahun 2025.
Pssttt! Manfaatkan bantuan yang disediakan sebaiknya dan sokong peniaga tempatan. Bantuan kerajaan bukan sekadar meringankan beban, tetapi menggerakkan ekonomi bersama.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM