Connect with us

Oh! Media

Ani Maiyuni Terasa Tempias Isu Ifa Raziah, Minta Semua Jangan Hina Penyanyi Dangdut

ani maiyuni

Oh! Artis

Ani Maiyuni Terasa Tempias Isu Ifa Raziah, Minta Semua Jangan Hina Penyanyi Dangdut

Selepas pelakon Ifa Raziah teruk dikecam akibat bergelak ketika majlis akikah, penyanyi dangdut, Ani Maiyuni pula sekarang ni tampil mempertahankan Ifa.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kau Ingat Gelek Di Khalayak Tu Dapat Pahala Ke?” – Ustaz Ahmad Dusuki Tegur Ifa Raziah

Memetik laporan Utusa, Ani berpendapat golongan selebriti sentiasa terbuka untuk menerima teguran tetapi jangan sampai memandang rendah dan menghina kerjaya mereka.

Boleh beri teguran tapi jangan sampai menghina. Walaupun bukan saya ditegur, secara langsung saya tetap tersinggung kerana saya juga penyanyi dangdut. Kat-kata yang dilemparkan sesetengah pihak bagaikan penghinaan.

Ani juga merasakan teguran secara berlebihan itu boleh memberi kesan kepada mereka yang sudahpun mempunyai anak-anak.

“Bagaimana jika anak-anak kami diejek di sekolah hanya kerana kerjaya ibu mereka sebagai penyanyi dangdut?” – Soal Ani.

Saya tidak pandai bab agama tetapi kehidupan setiap manusia ada ujian yang tersendiri. Nafsu adalah satu ujian. Berkata-kata mengikut nafsu juga ujian namun terpulang apakah teguran yang kita sampaikan itu membawa kebaikan atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Ani mengakui dia menyanyi kerana ingin membantu suami dan keluarga. Ini kerana gaji suami tidak terlalu besar dan masih mempunyai anak-anak yang bersekolah.

Memang betul kita tidak boleh menegur sampai menghina. Jadi, kita doakan sahaja mereka ni diberi petunjuk dan hidayah dari Allah.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas