Connect with us

Oh! Media

Anggota Tentera Mengaku Tak Bersalah Tumbuk Pemandu Wanita Naik Axia

Tentera Tumbuk Wanita Axia

Trending

Anggota Tentera Mengaku Tak Bersalah Tumbuk Pemandu Wanita Naik Axia

Seorang anggota tentera berusia 35 tahun, Abdul Hafiz Abu Bakar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan mencederakan seorang wanita pada 29 Mac lepas di Taman Satria, Senawang.

Menurut laporan mStar, pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali dan tertuduh minta dibicarakan semula.

Tumbuk kepala gara-gara anak dilanggar?

Img 2616

Dalam kejadian yang tular di media sosial, Hafiz didakwa menumbuk kepala seorang wanita berusia 28 tahun selepas dipercayai marah anaknya dilanggar oleh pemandu wanita tersebut.

IKLAN

Kakak saya ditumbuk dua kali oleh lelaki berbaju merah itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 jika sabit kesalahan.

Jamin RM2,000, mahkamah tetapkan tarikh sebutan semula

Img 2617

Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin. Peguam tertuduh, Chrysandy Lai, memohon pengurangan jaminan kerana anak guamnya menanggung dua anak kecil, ibu bapa dan isteri.

Mahkamah akhirnya membenarkan jaminan RM2,000 dan menetapkan 19 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen dan laporan perubatan.

#ApaKataOhmedia

Kawal emosi dan bertindak secara rasional. Apa jua kejadian di jalan raya perlu diselesaikan secara berhemah dan melalui saluran yang betul agar tiada pihak yang teraniaya.

Tentera Tumbuk Wanita Axia

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas