Connect with us

Oh! Media

Anggota Tentera Maut Ditikam Isteri Berusia 24 Tahun Ketika Cuba Gertak Suami

polis jenayah ootiwlil7utq8rk3ktmlqjdl9teioyg2uknwz5ughs

Trending

Anggota Tentera Maut Ditikam Isteri Berusia 24 Tahun Ketika Cuba Gertak Suami

Sedihya bila dapat tahu ada kejadian macam ni antara suami isteri sampai berbunuhan. Itulah apa yang berlaku di Kem Penrissen, Kota Samaraham selepas seorang anggota tentera dilaporkan maut selepas ditikam oleh isterinya menggunakan pisau pemotong sayur.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 10.30 malam tadi selepas mangsa, 28 tahun mengalami pendarahan banyak di bahagian pahanya. Ini selepas isterinya, 24 tahun sedang memegang pisau pemotong sayur untuk menggertak suaminya kemudian tertikam peha mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram mengesahkan kejadian itu selepas menerima maklumat daripada Hospital Umum Sarawak (HUS) berkaitan seorang lelaki dibawa ke hospital untuk dirawat akibat terkena tikaman pisau.

IKLAN

Mangsa dikejarkan ke HUS untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan HUS. Pasangan terbabit turut mempunyai seorang anak- Katanya.

Disebabkan kejadian ini, isteri mangsa telah ditahan di HUS dan polis turut merampas pisau pemotong sayur. Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Kota Samarahan untuk proses permohonan.

Kes seperti ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas