Connect with us

Trending

Anggota Tentera Maut Ditemb*k Ketika Sedang Menjalani Latihan Di Kawasan Hutan

Seorang anggota tentera berpangkat Koperal yang berusia 28 tahun telah maut di kawasan hutan di Song dalam bahagian Kapit di Kuching, Sarawak.

Menerusi laporan Berita Harian, dipercayai mangsa terkena tembakan yang dilepaskan oleh pemburu haram pada awal pagi, hari ini ketika sedang menjalani latihan Eksesais Pasak Bumi Siri 2/2024.

IKLAN

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata telah mengesahkan kejadian tersebut dan berkata kes ini masih dalam siasatan lanjut.

Polis menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku di kawasan hutan Batu 5 Jalan Balak Multiplus, Song itu pada jam 5.57 pagi hari ini.

Pengadu memaklumkan bahawa seorang anggota tentera yang sedang menjalani latihan terkena tembakan disyaki dilepaskan oleh orang awam yang memburu di kawasan itu.

Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Kapit namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Menurutnya lagi, mangsa telah mengalami kecederaan pada bahagian paha kiri dan pinggang.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas