Connect with us

Oh! Media

Dua Beradik Maut Ketika Dalam Perjalanan Mahu Ziarah Kubur Bapa

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 09 24t102348941

Trending

Dua Beradik Maut Ketika Dalam Perjalanan Mahu Ziarah Kubur Bapa

Di Melaka, seorang remaja lelaki Muhammad Amirul Hazlin dan adik perempuannya Nur Afiqah Sofea Hazlin yang berusia lima tahun telah meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang merempuh tong sampah roro di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), kira-kira pada jam 6.15.

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian ini berlaku ketika mereka ingin menziarahi kubur bapa mereka yang berada di Bertam Hulu.

Whatsapp Image 2024 09 24 at 100941 1d1fe3d4

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata kedua-dua mangsa telah meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka. Mereka disahkan meninggal dunia kira-kira pada jam 7.40 malam dan 12.30 tengah malam.

IKLAN

Siasatan awal mendapati, sebaik sampai di lokasi kemalangan, penunggang dipercayai tidak perasan sebuah kontena roro berada di bahu jalan lalu melanggarnya.

Akibat pelanggaran itu penunggang dan pembonceng parah dan dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.

Mayat mangsa akan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik hari ini untuk dibedah siasat.

Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 09 24t102348941

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas