Connect with us

Oh! Media

Anggota Polis Jadi ‘Bidan Terjun’, Sambut Kelahiran Bayi Di Tepi Lebuhraya PLUS

polis

Trending

Anggota Polis Jadi ‘Bidan Terjun’, Sambut Kelahiran Bayi Di Tepi Lebuhraya PLUS

Ketika ini mungkin terlalu banyak berita yang menunjukkan salah laku anggota PDRM. Akan tetapi, kita tidak boleh menyalahkan semua anggota kerana masih ramai yang menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka dengan baik.

ADVERTISEMENT

Macam apa yang berlaku semalam, apabila seorang anggota polis sanggup menjadi bidan terjun untuk membantu wanita warga Thailand melahirkan anak di tepi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus).

Anggota polis itu kebetulan sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan dan menyambut kelahiran bayi pasangan terbabit sebelum ketibaan pasukan perubatan.

Tindakan pantas anggota dan pegawai terbabit menyambut kelahiran bayi itu di tepi lebuh raya itu sememangnya memberikan contoh yang sangat baik kepada masyarakat.

PDRM menerusi satu hantaran di Facebook berkata pasangan warga asing berkenaan berhenti di tepi jalan sebelum melihat kenderaan peronda polis (MPV) berkenaan dan menahannya bagi meminta bantuan.

Katanya, insiden itu berlaku semasa Inspektor Mat Fauzi, bersama Koperal Shahril dan Koperal Hariz Zulfadli sedang melakukan tugas rondaan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) semalam.

MPV berkenaan ditahan serta dimaklumkan tentang kecemasan tersebut sebelum bersetuju untuk mengiringi kenderaan dinaiki mereka ke hospital berhampiran.

Walau bagaimanapun dalam situasi cemas tadi, wanita terbabit selamat melahirkan bayinya di tepi lebuh raya sebelum dibantu ambulans yang tiba kemudian.

Semoga lebih banyak lagi kebaikan dan sumbangan anggota PDRM dikongsikan agar rakyat lebih rasa dekat dan selamat. Terima kasih PDRM.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas