Connect with us

Oh! Media

Anggota Bomba Dibawa Arus Deras Meninggal Dunia

Anggota bomba

Trending

Anggota Bomba Dibawa Arus Deras Meninggal Dunia

Semalam tular di media sosial mengenai seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dibawa arus deras ketika menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat.

ADVERTISEMENT

BACA : 15 Minit Hadapi Detik Cemas, Anggota Bomba Dilaporkan Lemas Di Sungai Putat

Menurut laporan Harian Metro, anggota berkenaan yang berusia 46 tahun itu telah disahkan meninggal dunia pagi tadi dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain.

Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 3.11 pagi tadi oleh pegawai perubatan.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An-Nur Krubong, kira-kira 10 pagi nanti.

Mohd Diya Che Jusoh disahkan meninggal ketika menerima rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka.

Salam takziah kepada keluarga dan semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas