Connect with us

Oh! Media

Anak Sakit Jantung Kronik Sejak Lahir, Penghantar Barang Rayu Bantuan

Ohmedia anak Sakit

Trending

Anak Sakit Jantung Kronik Sejak Lahir, Penghantar Barang Rayu Bantuan

Seorang bapa yang hanya bekerja sebagai penghantar barang buntu memikirkan nasib anak sulungnya, Qaireen Adriana Tihani yang disahkan menghidap penyakit jantung kronik sejak lahir.

Mohamed Haffiez Mansor Taridi berkata, Qaireen yang kini berusia 14 tahun sudah tiga kali menjalani pembedahan besar dan akan menjalani satu lagi prosedur penting.

Anak sakit jantung kronik sejak lahir

Fb img 1745548301036

Berikut adalah senarai pembedahan yang pernah dilalui oleh Tihani:

IKLAN

2011

  • Patent Ductus Arteriosus Ligation
  • Ventricular Septal Defect Closure
  • Coarctation Of Aorta Repair

2014

  • Percutaneous Transluminal Balloon Valvuloplasty

2023

  • Aortic Valve Valvotomy
  • Subaortic Ridge Resection

Kini, Qaireen Adriana Tihani sedang menunggu satu lagi prosedur penting iaitu Aortic – Ozaki Procedure/Replacement.

Dalam laporan Harian Metro, Mohamed Haffiez memaklumkan kesihatan Tihani semakin membimbangkan apabila baru-baru ini anaknya pitam sewaktu pulang ke rumah, menambah lagi kerisauan kepada keluarga kecil ini.

Hidup bergelut dengan pendapatan minima

Fb img 1745548303006

Bapa ini bekerja sebagai penghantar barang sementara isterinya, Fazleen Noor Adnan bekerja sebagai pembantu jualan dengan pendapatan yang sangat minima.

Sebelum ini rumah sewa kami tertunggak hampir lima bulan dan bekalan elektrik dipotong kerana tidak mampu membayar. Alhamdulillah, masalah itu selesai dengan bantuan kariah setempat dan tuan rumah faham dengan masalah saya.

Namun cabaran mereka masih belum berakhir. Rumah sewa yang mereka duduki kini hanya sampai Jun ini kerana kontrak telah tamat dan mereka perlu mencari rumah baru.

Walaupun berdepan tekanan ekonomi, Mohamed Haffiez tetap cekal, melakukan beberapa kerja sampingan demi memastikan keperluan anak dan keluarga dapat ditampung.

Setakat ini, Tihani menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan RM500 lagi daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), namun jumlah itu masih belum mencukupi untuk menampung segala kos yang diperlukan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam 88300021065015 atau Bank Simpanan Nasional (BSN) 1111529000020021, kedua-duanya atas nama Mohamed Haffiez Mansor Taridi, atau boleh terus menghubunginya di talian 019-6060168.

Pssttt! Beratnya dugaan yang ditanggung keluarga ini. Bagi yang berkemampuan, sama-sama kita hulurkan bantuan untuk meringankan beban si bapa.

Kredit: Harian Metro | Email Pengadu
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas