Connect with us

Oh! Media

Anak Pengasas Dnars Persoal Punca Sebenar Kematian Ibu, Mahu Gali Semula Kubur

Ohmedia faraid Dnars

Trending

Anak Pengasas Dnars Persoal Punca Sebenar Kematian Ibu, Mahu Gali Semula Kubur

Anak pengasas Dnars dikatakan bersetuju gali kubur untuk cari kebenaran.

Media sosial kecoh apabila anak kepada arwah pengasas Dnars, Faziani Rohban tampil membuat kenyataan mengejutkan di platform Threads.

BACA: “Kalau Korang, Takut Tak Pakai ‘Bra’ Orang Mati” – Luahan Anak Pengasas Dnars Buat Ramai Tergamam

Dalam hantaran itu, Irdina memuat naik screenshot mesej dengan abangnya, Iqbar mengenai proses gali semula kubur untuk mengetahui punca sebenar kematian ibu.

IKLAN

“Kami tak nak, tapi jika ia memaksa…”

Menurut Irdina, mereka sebenarnya tidak mahu sampai ke tahap ini tetapi keadaan telah memaksa. Dakwanya, terlalu banyak putar belit menyebabkan dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan kemalangan ibunya pada 2019.

Netizen yang membaca luahan tersebut meluahkan rasa simpati dan menasihatkan agar perkara itu diselesaikan secara baik tanpa membuka aib keluarga.

Dnars

Irdina juga menafikan dakwaan pertikaian berlaku disebabkan harta semata-mata. Jelasnya, dia hanya mahu menuntut keadilan buat ibunya yang mungkin dianiaya.

Pssttt! Isu ini jelas menunjukkan bagaimana sesuatu perkara yang belum selesai boleh menimbulkan salah faham antara waris dan masyarakat. Apa pun, Oh! Media berharap semua pihak yang terlibat dapat mencari kebenaran dengan cara yang betul dan berlandaskan undang-undang. Biarlah segala persoalan terjawab tanpa menjejaskan nama baik arwah yang sudah tiada.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas