Connect with us

Oh! Media

Anak Pemandu Lori Langgar Gajah Tampil Bersuara, Tapi Netizen Ragu-Ragu?

Pemandu Lori Gajah

Trending

Anak Pemandu Lori Langgar Gajah Tampil Bersuara, Tapi Netizen Ragu-Ragu?

Susulan insiden anak gajah mati digilis lori muatan ayam di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Lyyzzaaz tampil mempertahankan bapanya yang memandu lori tersebut.

Menurut laporan mStar, wanita itu merayu agar orang ramai berhenti mengecam dan memberikan ruang buat keluarganya yang sedang berduka.

Saya merayu kepada semua, tolong berhenti kecam ayah saya. Kejadian ini kemalangan yang sangat menyedihkan. Kami mohon ruang dan doa, bukan kebencian.

Anak pemandu lori langgar gajah tampil merayu

Copy of Untitled Design   2

Tambahnya lagi, tuduhan kononnya bapanya ketawa ketika kejadian adalah tidak berasas dan sangat keterlaluan.

IKLAN

Ayah saya bukan orang kejam. Dia juga sangat terkesan. Sesiapa yang kata ayah bergelak ketika kejadian sangat tidak wajar.

Ada netizen yang simpati, ada yang ragu

Img 4954

Kalau korang tengok ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan simpati dan sokongan kepada wanita berkenaan, namun ada juga yang mempertikaikan usia sebenar pemandu lori.

Ye ke anak dia? Pemandu lori tu baru umur 28?

Kenapa ayah muda sangat, akak umur berapa?

Ibu gajah setia menjaga anak yang telah tiada

Fc7f1b13 8907 4132 b14b 42502a164523

Sebelum ini, satu video tular menunjukkan seekor ibu gajah berdiri setia di sisi bangkai anaknya yang tersepit di bawah lori, menyayat hati netizen seluruh negara.

Difahamkan, anak gajah jantan itu berumur sekitar 5 tahun manakala ibu gajah dianggarkan berusia antara 25 hingga 27 tahun.

Pssttt! Dalam setiap tragedi, pasti ada yang terkesan di kedua-dua pihak. Sebelum melempar kata, timbangkan rasa dan empati.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas