Connect with us

Oh! Media

Anak Panggil Kawan Berjudi Selepas Ibu Benarkan, Polis Rampas RM32,213

Ohmedia judi

Trending

Anak Panggil Kawan Berjudi Selepas Ibu Benarkan, Polis Rampas RM32,213

Sekarang kita masih dalam suasana sambutan Tahun Baru Cina, tapi ini bukan bermaksud sudah dibenarkan untuk berkumpul apatah lagi berjudi.

Terbaru, pihak polis berjaya menyerbu sebuah rumah yang dijadikan tempat berkumpul dan berjudi. Hasil serbuah mendapati seramai 21 individu berada di dalam rumah termasuk dua beranak.

Serbuan jam 1 pagi itu turut berjaya merampas wang tunai berjumlah RM32,213. Banyak betul taruhan diorang ni ye?

IKLAN

Hasil siasatan juga mendapati rumah ini dimilikan dua beranak terbabit di mana ibunya telah membenarkan anaknya untuk berkumpul dengan kawan-kawan dan berjudi.

Semua yang ditahan terdiri daripada 16 lelaki dan lima wanita warga tempatan berusia antara 21 hingga 41 tahun yang asyik bermain judi di ruang tamu rumah berkenaan hingga mengabaikan prosedur operasi standard (SOP).

Siasatan mendapati rumah itu adalah milik seorang wanita berusia 49 tahun yang mana penganjur aktiviti itu adalah anak lelakinya berusia 23 tahun yang memanggil rakan-rakannya berjudi memandangkan masih dalam suasana Tahun Baharu Cina.

Semua mereka dikenakan kompaun RM1,000 dan ditahan untuk siasatan selanjutnya. – Kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad kepada Harian Metro.

Walaupun mereka dibenarkan berjudi, ini bukanlah waktunya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas