Connect with us

Oh! Media

Anak Maut Lepas 8 Jam Kemalangan, Bapa Tolak Rawatan Hospital Dan Hanya Rehat Di Rumah

Ohmedia kemalangan 1

Trending

Anak Maut Lepas 8 Jam Kemalangan, Bapa Tolak Rawatan Hospital Dan Hanya Rehat Di Rumah

Bapa tolak rawatan hospital, bawa anak pulang sebelum disahkan meninggal dunia.

Seorang murid Tahun Enam dilaporkan meninggal dunia lapan jam selepas terbabit dalam kemalangan motosikal ketika hendak ke kedai di Paloh, Johor.

Lapor Harian Metro, mangsa dikatakan tidak menerima rawatan hospital selepas dibawa pulang oleh bapanya walaupun klinik telah keluarkan surat rujukan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Maut di rumah akibat kecederaan dalaman

Kemalangan

Mangsa, Muhammad Harith Isyraf Yuzaini, 12 tahun, dari Sekolah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah disahkan meninggal dunia jam 9 malam ketika berehat di rumah mereka di Johor Bahru.

IKLAN

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, bapa mangsa telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada keesokan harinya.

Dalam laporan itu, bapa mangsa memaklumkan anaknya menunggang motosikal terbabit kemalangan ketika ingin ke kedai.

Tidak bawa anak ke hospital

Meninggal Dunia
Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, keluarga mangsa ke Paloh untuk menziarahi kematian ahli keluarga. Ketika dalam perjalanan, motosikal yang ditunggang mangsa terbabas lalu melanggar batu penghadang jalan.

Mangsa dibawa oleh bapanya ke sebuah klinik swasta di Kluang dan Gelang Patah. Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk menerima rawatan lanjut. Namun, bapanya enggan menghantar ke HSA sebaliknya dibawa pulang ke rumah.

Kes masih dalam siasatan dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Punca sebenar kecederaan dalaman yang menyebabkan kematian sedang dikenal pasti pihak berkuasa.

Pssttt! Jangan ambil mudah soal kesihatan dan nyawa, lebih-lebih lagi selepas kemalangan. Salam takziah buat keluarga mangsa atas kehilangan yang tragik ini.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas