Connect with us

Oh! Media

Anak Gajah Mati Dilanggar Buat Ramai Desak Pasang Lampu, Tapi Rupanya Ini Sebab Kenapa Tak Boleh!

Gajah Gerik Jeli

Trending

Anak Gajah Mati Dilanggar Buat Ramai Desak Pasang Lampu, Tapi Rupanya Ini Sebab Kenapa Tak Boleh!

Insiden menyayat hati melibatkan seekor anak gajah jantan yang mati digilis lori muatan ayam di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, terus mencetuskan perdebatan di media sosial.

Menurut laporan mStar, ramai netizen menyuarakan kebimbangan dan menggesa agar lampu jalan dipasang di laluan itu bagi mengelakkan kejadian sama berulang. 

Namun, wujud pula pandangan berbeza yang menjelaskan mengapa lampu jalan tidak sesuai dipasang di lokasi tersebut.

IKLAN

Laluan ini bukan sekadar jalan biasa!

Anak Gajah

Seorang pelayar bernama @noorhafizkamsani tampil memberi penjelasan:

Laluan ini rentas hutan simpan, kawasan tadahan air, dan tanah rizab kerajaan. Ia habitat haiwan liar macam gajah, tapir, harimau.

Tambahnya, pemasangan lampu jalan di kawasan seperti ini boleh menyebabkan ‘pencemaran cahaya’ yang akan mengganggu ekosistem dan kehidupan haiwan nocturnal (aktif waktu malam).

Cahaya buatan waktu malam boleh buat haiwan stres, sesat atau jadi agresif. Lampu bukan solusi, tapi masalah.

Netizen beri cadangan 

Copy of Untitled Design   2

Pandangan tersebut turut disokong ramai yang berpendapat pemasangan lampu tidak semestinya jalan terbaik, dan kesedaran terhadap keseimbangan alam sekitar masih rendah.

Ada juga yang mencadangkan penggunaan teknologi sensor, di mana lampu hanya menyala bila mengesan kehadiran kenderaan, lalu padam semula bagi mengurangkan gangguan kepada haiwan liar.

Mahal? Invest. Kita yang ceroboh habitat mereka.

Pssttt! Pembangunan mesti seiring dengan tanggungjawab memelihara alam. Kita kongsi bumi ini bersama makhluk lain, jangan biar kemajuan kita menjadi punca kehancuran mereka.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas