Connect with us

Oh! Media

Anak Ditendang Di Kepala Lepas Tegur Kawan Sebar Video Lucah, “Lumpuh Tak Dapat Gerak”

pukul

Trending

Anak Ditendang Di Kepala Lepas Tegur Kawan Sebar Video Lucah, “Lumpuh Tak Dapat Gerak”

Luluh hati ibu apabila mendapat khabar daripada warden asrama menyatakan anak tak dapat menggerakkan badan selepas ditendang di kepala.

ADVERTISEMENT

BACA: Seorang Pelajar Lelaki Tingkatan 3 Dipukul, Disepak Dan Dicekik Beramai-Ramai

Dalam perkongsian ibu Malik ElFikry di Facebook, anaknya yang merupakan ketua kelas ditendang secara curi-curi selepas menegur tindakan rakannya menyebar video lucah dalam group Whatsapp sekolah.

Menurut si ibu, anaknya segera dikejarkan ke hospital dan menurut doktor yang merawat, jika tendangan terkena bahagian bawah sikit, anaknya mungkin tak dapat ‘survive’.

Meluahkan rasa sedih, ibu berkata anaknya memang dididik dengan penuh empati sejak kecil. Anaknya tak suka keganasan dan kekerasan.

Dia berasa sangat kesal apabila anak orang lain sanggup buat sesuka hati hanya kerana ditegur.

Jiwanya penuh empati hasil didikan dari kecil bergaul dengan gelandangan, anak-anak yatim, Orang Asli dan golongan vulnerable.

Dalam perkembangan terkini, Fikry sudah boleh menggerakkan kaki dan tangan. Ujian MRI juga akan dibuat untuk mengesan kecederaan dalaman.

Tambah si ibu, laporan polis mengenai kejadian turut dibuat. Sama-sama kita doa semoga adik Fikry cepat sembuh.

Kredit: Facebook Malik ElFikry

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas