Connect with us

Oh! Media

Seorang Pelajar Lelaki Tingkatan 3 Dipukul, Disepak Dan Dicekik Beramai-Ramai

pelajar dibuli

Oh! Tidak

Seorang Pelajar Lelaki Tingkatan 3 Dipukul, Disepak Dan Dicekik Beramai-Ramai

Akibat perselisihan faham seorang pelajar tingkatan 3 dipukul dan diterajang oleh sekumpulan pelajar senior secara beramai-ramai.

ADVERTISEMENT

Video berkenaan dimuat naik di Instagram milik kakak mangsa yang mahu menuntut keadilan terhadap adiknya yang telah dibelasah.

https://www.instagram.com/p/CsGYcanJpob/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Memetik laporan di Harian Metro, mangsa yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati ditumbuk di dada, dicekik dan ditendang di bahagian belakang oleh seorang pelajar tingkatan lima.

“Kau tak ‘respect’!,” kata salah seorang suspek sambil menumbuk kepala dan badan mangsa secara bertubi-tubi.

Tambahan, punca ianya berlaku kerana selisih faham dengan mangsa tidak hormati sekumpulan pelajar senior.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Farouk Eshak, salah seorang suspek telah menumbuk muka mangsa sebanyak empat kali dan disaksikan 15 pelajar lain.

Mangsa diugut akan disiku bahagian muka sekiranya tidak berjumpa di Anjung Selera.

Kemudian, pada jam 3 petang mangsa diajak oleh lima suspek ke Bukit Mar Mar, Kemensah dan dipukul secara beramai-ramai.

Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi, kepala, luka di kening kiri, rahang belakang tengkuk dan mengalami kesakitan serta lebam.

Malah, kesemua suspek telah dipanggil untuk membantu siasatan di di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

BACA: Guru Ditahan Cabul 12 Pelajar Lelaki, Rupanya Pernah Jadi Mangsa Cabul Pada Tahun 1996

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas