Connect with us

Oh! Media

Anak Bongsu Nangis Teresak-Esak Lihat Bapa Dipenjara Tujuh Tahun

penjara tujuh tahun

Trending

Anak Bongsu Nangis Teresak-Esak Lihat Bapa Dipenjara Tujuh Tahun

Siapa je yang sanggup lihat seorang ayah dihukum dan dipenjara kan? Kejadian di Mahkamah Sesyen Melaka hari ini menjadi sebak dan pilu apabila seorang kanak-kanak nangis teresak-esak selepas bapanya dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun.

ADVERTISEMENT

BACA: Penagih Dadah Serah Diri, Mengaku Tetak Leher Ibu Tiri Hingga Maut

Menerusi laporan Kosmo, Rosli Md. Isa telah dijatuhi hukuman oleh Hakim Nariman Badruddin selepas membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan kesalahan dadah.

Beri diri sendiri morphine

penjara tujuh tahun

Berdasaran pertuduhan yang dibuat, bapa kepada tujuh anak itu didapati memberikan diri sendiri dadah jenis morphine.

Perbuatan itu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39c(1) ADB 1952 dimana memperuntukkan hukuman penjara tak kurang lima tahun dan tak lebih tujuh tahun serta dikenakan sebat tidak lebih tiga sebatan.

Rosli sebelum ini pernah merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan memiliki tujuh orang anak, namun Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Nabilalif Mohd. Rosli tidak setuju dengan permohonan itu.

Nabilalif memohon hukuman setimpal diberikan kepada Rosli kerana tertuduh disifatkan tidak insaf walaupun sudah pernah dijatuhkan hukuman sebanyak dua kali atas kesalahan yang sama.

Mahkamah sekarang ini menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun dan tidak akan dikenakan sebat atas faktor usia.

Anak bongsu Rosli yang berusia 13 tahun telah nangis teresak-esak selepas ayahnya dijatuhi hukuman penjara.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas