Connect with us

Oh! Media

Amyza Aznan Beri Peringatan , Borang KWSP Yang Tular Di Aplikasi Whatsapp Adalah Scammer!

E5436941 74b4 4d70 b6a4 65452a96c23cpng

Trending

Amyza Aznan Beri Peringatan , Borang KWSP Yang Tular Di Aplikasi Whatsapp Adalah Scammer!

Sepertimana yang kita tahu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akaun dua bagi membantu meringankan beban rakyat berkuatkuasa pada 1 April ini. Syukur Alhamdulillah.

Selepas pengumuman itu dibuat, ada jer orang nak ambil kesempatan tau di aplikasi Whatsapp! Baru-baru ini, seorang pelakon bernama Amyza Aznan mendedahkan bahawa ada pihak cuba menipu dengan menghantar link berkaitan dengan pengularan caruman KWSP untuk diklik menerusi aplikasi Whatsapp.

Perhatian. Tolong kongsikan. Mangkuk jamban nok harom scammer dah mula buat kerja! Laju ‘scammer’ hanjeng ni kan. Bagitau keluarga, mak ayah, adik beradik, jiran, musuh? Hmmm musuh jap pikir jap. Info untuk semua. Pasti ramai yang leka dalam situasi yang chaos macam ni. Pasti mereka tak terfikir, terlepas pandang segala urusan tentang KWSP. Hanya boleh dibuat bermula 1 April. Bukan sekarang. Dalam masa 9 hari ni segala mesej yang minta uols isi borang tentang KWSP adalah scammer! Ini pon ramai yg hampir terkena, hampir isi.

Menurut Amyza di Instagram, itu adalah ‘scammer’ gais! Beliau juga meminta semua pihak yang menerima link tersebut agar tidak cepat terpedaya. Rata-rata ramai warganet berasa berang dengan tindakan scammer itu. Nasib baiklah Ohmedia tak guna caruman KWSP sebab gaji masih jalan seperti biasa. Alhamdulillah. Korang hati-hati okay bila keadaan tengah macam ni!

IKLAN

OHMEDIA: LAJU BETUL SCAMMER TU BUAT KERJA!

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca benci scammer di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas