Trending
Ammar Ahyan Jadi Sasaran Hon Pemandu Lain Di Jalan Raya?
Anak Shahida hairan kenapa sering kena hon walaupun ikut had laju 60km/j. Kisah lucu Ammar Ahyan ketika pandu Porsche ini tarik perhatian netizen!
Usahawan terkenal, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi pengalaman lucu melibatkan anak sulungnya, Ammar Ahyan yang sering menjadi sasaran hon pemandu lain ketika berada di jalan raya.
Menurut laporan mStar, Shahida berkata Ammar sendiri meluahkan rasa pelik kerana dia merasakan sudah memandu mengikut peraturan yang ditetapkan.
Ammar cakap dekat saya dia tak faham kenapa bila dia memandu orang asyik hon.
Dia kata, kenapa pemandu-pemandu di Malaysia suka hon Ammar?
Sedangkan Ammar tengok papan tanda kata 60 km/j, jadi dia ikut kelajuan itu.
Mungkin tergesa ke tempat kerja

Kisah itu dikongsikan Shahida menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya pada Khamis, sekali gus mengundang senyuman dalam kalangan penonton.
Shahida kemudian menjelaskan kepada anaknya bahawa kemungkinan besar pemandu lain tergesa-gesa ke tempat kerja, menyebabkan mereka kurang sabar dan mudah membunyikan hon.
Shahida lega Ammar Ahyan pandu berhemah walaupun naik Porsche

Walaupun ada yang mungkin beranggapan pelik melihat kereta jenama Porsche dipandu perlahan, Shahida mengakui dia sebenarnya lega dan gembira melihat Ammar memandu secara berhemah.
Saya cakap kat dia, pagi-pagi orang kelam kabut sibuk nak pergi kerja, jadi tak ikut dah papan tanda tu.
Tapi saya harap dia teruskan memandu 60 km/j, saya suka dia bawa kelajuan itu bila naik Porsche.
Bukan apa, tapi sebab risaukan keselamatan anak.
Pssttt! Tak kira kereta apa kita pandu, keselamatan tetap nombor satu. Biarlah orang lain tergesa-gesa, asalkan kita sampai dengan selamat.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM