Connect with us

Oh! Media

Amir Raja Lawak Tuntut Bayaran RM18,000 Segera Demi Rawatan Bapa Kanser Usus

Ohmedia amir raja lawak hutang

Oh! Artis

Amir Raja Lawak Tuntut Bayaran RM18,000 Segera Demi Rawatan Bapa Kanser Usus

Amir Raja Lawak luah kecewa dan desak bayaran penuh RM18,000 segera demi rawatan kecemasan bapanya.

Pelawak terkenal, Amir Raja Lawak tampil memuat naik satu hantaran penuh emosi di Facebook miliknya bagi menuntut bayaran tertunggak sebanyak RM18,000 daripada pihak Owsem TV.

Menurut Amir, wang itu bukan untuk kesenangan dirinya, tetapi demi kelangsungan hidup dan mati bapanya yang kini sedang berjuang melawan penyakit kanser usus.

Abah saya kena kanser usus! Saya nak 18k solid tanpa diskaun, tanpa bayar ansur-ansur.- Tegas Amir dalam tulisannya.

Amir Raja Lawak tak tahan lagi, bayaran dah lama tertangguh…

 7862

Amir dengan nada tegas menjelaskan bahawa beliau tidak meminta simpati mahupun derma daripada sesiapa, sebaliknya hanya menuntut haknya sendiri daripada hasil kerja yang telah lama disiapkan.

IKLAN

Saya tak minta duit kamu, saya tak minta pinjam duit, yang saya minta adalah DUIT SAYA! HAK SAYA!- Katanya lagi.

Amir turut meluahkan rasa kecewa kerana walaupun sudah memaklumkan keadaan bapanya kepada pihak terlibat sejak awal, namun tidak mendapat sebarang respon positif mahupun tindakan pantas.

Pernah dijanjikan bayaran sebelum ini tapi belum dilunaskan…

 7861

Menurut Amir, pihak terbabit sebelum ini pernah menjanjikan bayaran sebanyak RM5,000 pada awal tahun lalu, namun selepas lebih setahun, jumlah penuh yang dijanjikan masih belum diselesaikan.

Malah minggu lalu, selepas isu ini tular, pihak berkenaan hanya menawarkan RM3,000 sebagai bayaran awal, namun Amir menolak tawaran itu.

Amir turut menyatakan bahawa ini bukan masa untuk bertolak ansur kerana situasinya kini adalah kecemasan yang melibatkan nyawa ayahnya.

Beliau juga tidak berniat untuk menjelaskan panjang lebar mengenai keadaan kesihatan bapanya, namun berharap masyarakat memahami betapa seriusnya keadaan pesakit kanser usus.

Pssttt! Korang, bila melibatkan soal hak dan tanggungjawab, jangan sesekali ambil ringan. Lagi-lagi bila ia membabitkan hal nyawa dan kesihatan ahli keluarga. Kalau dah janji untuk bayar, tunaikanlah. Kita tak tahu mungkin rezeki kita tu sebenarnya adalah pertolongan yang ditunggu oleh orang lain dalam kesusahan.

Dalam dunia hiburan sekalipun, prinsip dan integriti itu penting. Oh! Media doakan agar abah Amir diberikan kesembuhan dan urusan mereka sekeluarga dipermudahkan.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas