Connect with us

Oh! Media

Amaran! Ribut Petir, Hujan Lebat Dan Angin Kencang Di Beberapa Negeri Hingga Petang Ini

Ohmedia metmalaysia

Trending

Amaran! Ribut Petir, Hujan Lebat Dan Angin Kencang Di Beberapa Negeri Hingga Petang Ini

Minta semua jangan abaikan amaran cuaca yang kita kongsikan dari semasa ke semasa. Terkini, pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan.

Keadaan cuaca buruk ini dijangka akan berlaku hingga jam 6 petang ini (11/3/2022). Berikut adalah negeri-negeri yang terlibat berdasarkan amaran yang dikeluarkan MetMalaysia pada jam 12.10 tengah hari tadi. Negeri Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Bagi negeri Perak, kawasan yang terlibat adalah Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron dan Bentong.

IKLAN

Selangor pula melibatkan kawasan sekitar Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu langat manakala di Negeri Sembilan pula adalah Jelebu dan Seremban.

Diharapkan mereka yang berada di kawasan terlibat mengambil langkah berjaga-jaga.

Kredit: MetMalaysia

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas