Connect with us

Oh! Media

Aman Palestin Lancar Tabung Solidariti Untuk Tampung Kos Mahkamah RM2.2 Juta

Trending

Aman Palestin Lancar Tabung Solidariti Untuk Tampung Kos Mahkamah RM2.2 Juta

Tabung Solidariti Kes Aman Palestin dilancarkan. Macam pelik tapi itulah apa yang dilakukan pihak Aman Palestin Berhad bagi menampung kos urusan mahkamah lebih RM2.2 juta.

ADVERTISEMENT

BACA: SPRM Beku 41 Akaun Milik Aman Palestin, Seleweng RM70 Juta Sumbangan Rakyat Malaysia Untuk Kegunaan Lain

Perkara itu dimaklumkan mereka di Facebook rasmi Aman Palestin dan mereka memilih jalan untuk minta bantuan orang ramai selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 41 akaun bank Aman Palestin.

Aman Palestin mengaku tidak bersalah…

Sebelum ini, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif, Awang Suffian Awang Piut didakwa atas 52 pertuduhan pecah amanah.

Harta Aman Pelestin itu bernilai RM20,946,498.80 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Mereka juga didakwa secara bersama bagi 19 pertuduhan penipuan dengan memperdayakan Aman Palestin menyerahkan wang keseluruhan RM39,150,000 kepada Samudra Champa Sdn. Bhd (Samudra Champa) bagi pembelian emas seberat dua hingga 12 kilogram (kg).

Disebabkan kes ini, SPRM telah membekukan 41 akaun bank milik Aman Palestin yang berjumlah RM15.87 juta.

Kredit: Malaysiakini.com

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas