Connect with us

Oh! Media

Along Cham Akui Selesai Uruskan Fail Pengesahan Lafaz Taklik Di Mahkamah

Copy of Untitled Design   1

Trending

Along Cham Akui Selesai Uruskan Fail Pengesahan Lafaz Taklik Di Mahkamah

Pelakon dan pelawak, Along Cham mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat selepas memuat naik satu hantaran di Instagram Story (IGs) yang seakan memberi bayangan dirinya sudah kembali bergelar duda.

Menurut laporan Harian Metro, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad berkongsi bahawa dia sudah menyelesaikan urusan berkaitan mahkamah syariah.

Alhamdulillah, done for urusan mahkamah syariah.

Lebih menarik perhatian, dia turut menyertakan kata pagar #arbaiebujangkembali, seolah-olah memberi petunjuk mengenai status rumah tangganya.

IKLAN

Along Cham akui uruskan kes di mahkamah

Along

Ketika dihubungi Harian Metro, Along menjelaskan bahawa dia baru sahaja menguruskan fail pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Tadi, saya uruskan fail pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. Tengah tunggu tarikh bicara.

Meskipun tidak memberikan butiran lanjut, pelawak itu meminta orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Doakan semoga segala urusan lancar dan dipermudahkan, Insya-Allah.

Fail pengesahan lafaz cerai taklik di Putrajaya

Along Dan Ibu

Untuk rekod, pada 28 Januari lepas, Along Cham telah memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak mengenai status sebenar rumah tangga mereka.

#OhmediaNasihat

Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang perlu dijaga dengan baik. Jika menghadapi masalah dalam rumah tangga, berbincanglah dengan baik dan cuba cari penyelesaian terbaik sebelum membuat keputusan besar seperti perceraian.

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas