Trending
Aliff Teega Didakwa Salah Guna Harta Program Infaq Sebanyak RM63,605.48
Pempengaruh dan suami kepada Aisyah Hijanah iaitu Alif Teega didakwa atas dua pertuduhan salah guna harta bagi program infaq iftar dan korban, berjumlah RM63,605.48.
Untuk pertuduhan pertama, Aliff didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan wang RM36,047.35 bagi tujuan infaq iftar di Makkah, Syria dan Palestin di CIMB Bank, KL Gateway.
Manakala bagi pertuduhan kedua Aliff dituduh menyalahgunakan wang RM27,558.13 bagi program ‘Jom! sertai infaq daging Qurban’ di bank sama.
Walau bagaimanapun, pempengaruh berusia 30 tahun itu mohon untuk dibicarakan. Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, Aliff boleh dikenakan hukuman penjara antara 6 bulan hingga 5 tahun dan sebatan serta denda.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM