Connect with us

Oh! Media

Alif Aziz Dan Pelakon Wanita Jelita Ditangkap Khalwat Di Kondo Mewah

khalwat

Oh! Artis

Alif Aziz Dan Pelakon Wanita Jelita Ditangkap Khalwat Di Kondo Mewah

Awal pagi tadi, satu serbuan telah dilakukan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang berjaya menangkap khalwat pelakon lelaki dan wanita bersedudukan di dalam sebuah kondominium mewah.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, pelakon dan penyanyi yang juga berstatus suami kepada penyanyi terkenal itu sedang sibuk melakukan penggambaran sebuah drama bersama pelakon wanita terbabit.

Ketika pegawai penguatkuasa tiba di kondo berkenaan, mereka disyaki berkhalwat.

Difahamkan pelakon lelaki itu  sudah beberapa kali dilihat memasuki rumah pelakon wanita itu,

Memetik laporan Harian Metro, pelakon dan penyanyi lelaki ini pernah bercerai dengan isterinya namun mereka berjaya merujuk semula.

Tidak cukup dengan itu, pelakon ini juga sudah beberapa kali didakwa curang dan terpalit menjalinkan hubungan dengan selebriti lain.

Terkini, identiti pelakon terbabit sudahpun dikenal pasti iaitu Alif Aziz, suami kepada Bella Astillah. Identiti ini dikuatkan lagi selepas Bella dilihat hadir ke pejabat agama awal pagi tadi.

BACA: Adira Suhaimi Dan Bella Astillah Dilihat Hadir Ke Pejabat Agama Pada Jam 2.30 Pagi

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas