Connect with us

Oh! Media

Alasan Baiki Kenderaan, Duda Ditahan Berkhalwat Dengan Isteri Orang

Oh! Tidak

Alasan Baiki Kenderaan, Duda Ditahan Berkhalwat Dengan Isteri Orang

Satu serbuan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah menahan pasangan berusia 50-an yang disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Serkam, Melaka.

ADVERTISEMENT

BACA: “Penat Baiki Aircond” – Suami Orang Ditangkap Khalwat Dengan Janda Anak Dua

Serbuan kira-kira 7 malam itu juga telah menahan anak perempuan wanita yang terbabit yang berusia 16 tahun.

Baiki kenderaan katanya

Menurut Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat, lelaki terbabit memberi alasan ke rumah wanita itu untuk membaiki kenderaan. Namun hasil siasatan menemui pakaiannya di dalam bilik dan ruang tamu rumah berkenaan.

Wanita itu turut mendakwa ditinggalkan suami sejak tujuh bulan lalu, dan sudah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah. Penguatkuasa JAIM melakukan risikan sejak beberapa minggu lalu, malah berdasarkan aduan diterima, pasangan itu didakwa sudah tinggal bersekedudukan selama kira-kira tujuh bulan tetapi pergerakan mereka dikatakan agak licik.

Pasangan tersebut mengaku bukan suami isteri, manakala remaja perempuan mendakwa bahawa lelaki itu merupakan bakal bapanya.

Mereka telah ditahan dan akan disiasat mengikut bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas