Connect with us

Oh! Media

“Penat Baiki Aircond” – Suami Orang Ditangkap Khalwat Dengan Janda Anak Dua

Oh! Tidak

“Penat Baiki Aircond” – Suami Orang Ditangkap Khalwat Dengan Janda Anak Dua

Terkini, seorang lelaki berstatus suami orang telah ditahan kerana berkhalwat dengan seorang wanita di sebuah rumah di Tanjung Minyak, Melaka.

ADVERTISEMENT

BACA: Pasangan Berkhalwat Bagi Alasan Penat Ambil Jubah Konvo, Dari Gombak Ke Melaka Jumpa Kekasih

Pasangan yang berusia 30-an itu ditahan dalam Operasi Perahu Darat 2 kira-kira pukul 11.45 malam, semalam.

Bermalam sebab penat

gambar hiasan

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat, pasangan tersebut didakwa berkenalan melalui aplikasi Omi.

Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku bukan suami isteri dan lelaki terbabit datang dari Negeri Sembilan. Dia memberi alasan bermalam kerana penat membaiki penyaman udara rumah wanita itu yang rosak.

Hasil siasatan mendapati pasangan tersebut merupakan seorang wanita berstatus janda anak dua bersama suami orang yang mempunyai lima anak.

Mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tanjung Minyak dan tangkapan dibuat semula oleh JAIM bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas