Connect with us

Oh! Media

“Aku Diam Tapi Kau Provoke” – Menantu Zainal Abidin Dedah Kemelut Rumah Tangga

Trending

“Aku Diam Tapi Kau Provoke” – Menantu Zainal Abidin Dedah Kemelut Rumah Tangga

Kecoh diperkatakan minggu ini mengenai kemelut rumah tangga bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin Hassan apabila dua isterinya dikatakan bergaduh.

ADVERTISEMENT

Belum reda dengan isu itu, terbaru seorang wanita dipercayai menantu kepada Zainal Abidin membuat pendedahan mengenai masalah yang dihadapinya.

Menerusi hantaran di TikTok, @sofiasmeth bukanlah menceritakan perihal rumah tangga mentuanya tetapi tentang penderitaan dilaluinya kerana suaminya tidak membenarkan dia berjumpa dengan anak-anak.

@sofiasmeth

Such a great and good in laws i have. The best. But you, the father of my children, You musnahkan harta benda i, you provoke i, you aibkan i( u buat account aibkan i), you mungkir janji.. Kalau u bagi kerjasama, i takkan begini.. I berdiam diri, you push i. U ancam keselamatan i. U ajar anak2 untuk memaki hamun i. Memanggil i dgn nama panggilan yang keji dan jijik. Sakit sungguh hati ini.

♬ original sound – Putri Fieyna

Such a great and good in laws i have. The best. But you, the father of my children, You musnahkan harta benda i, you provoke i, you aibkan i (you buat account aibkan i), you mungkir janji..

Dalam hantaran itu, Sofia mendakwa suaminya membuat provokasi, memungkari janji dan memusnahkan harta bendanya. Dakwanya, jika suami bekerjasama dia takkan mendedahkan masalah begini.

@sofiasmeth

Melampau. Rajin sungguh buat banyak account. Terima sahaja la. Aku berdiam diri tapi kau provoke aku. Kau yang tak bagi kerjasama dan halang seorang ibu untuk berjumpa dgn anak2. Terima kasih.

♬ Ya Rabb يارب – Muhajir Lamkaruna

Tidak menceritakan masalah atau krisis rumah tangga mereka secara terperinci, Sofia mendakwa suaminya sanggup membuat akaun palsu untuk mengaibkannya di media sosial.

You provoke I, you aibkan, ancam keselamatan I. Ajar anak-anak untuk memaki hamun I. Memanggil I dgn nama panggilan yang keji dan jijik.

Dalam pada itu, Sofia menegaskan bahawa dia mempunyai mentua yang sangat baik dan mereka berdua tiada kena mengena dalam permasalahan antaranya dan suami.

Kredit: TikTok @sofiasmeth

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

Ke Atas