Connect with us

Oh! Media

Langsung Perkahwinan Guna Hasil Curi Duit Kutu, Ini Akibatnya

Kahwin

Trending

Langsung Perkahwinan Guna Hasil Curi Duit Kutu, Ini Akibatnya

Biasalah, setiap hujung dan awal tahun mesti banyak majlis perkahwinan yang dilangsungkan. Itu antara moment indah yang ditunggu-tunggu oleh raja sehari, diraikan dan menjadi tumpuan para tetamu yang hadir. Tapi, macam mana pula kalau diorang dimalukan dalam majlis tersebut?

Haa, itulah yang terjadi pada pasangan pengantin di Jakarta, Indonesia. Mana taknya, majlis perkahwinan yang diorang buat rupanya guna hasil curi duit kutu yang dikutip dari hampir 300 individu ahli group Whatsapp yang lain. Banyak juga, hampir 1 bilion rupiah yang bersamaan RM287,932.

Cara menagih utang dengan mengirimkan karangan bunga pernikahan

Dalam majlis tersebut, mereka telah dikirimkan dengan kad ucapan dan jambangan bunga yang sangat besar. Dekat situ, jelas terpampang ucapan yang sangat ‘pedas’ buat pengantin. Alamak, malunya orang lain baca!

IKLAN

“Selamat bernikah. Selamat menikmati wang haram, hasil curi duit kutu. Bila mahu bayar?” – ucapan yang tertulis pada kad tersebut.

Menurut pengirimnya, Irena Junita Sari, dia dah try minta secara baik, tapi tidak ada maklum balas dari pihak mereka. Sebab dah geram sangat, dia pun buat macam tu untuk beri pengajaran. Biasa memang macam tu, orang yang berhutang lagi rilek daripada orang yang beri hutang. Jadi kalau korang ada hutang member, haa faham-faham lah ya. Orang lain nak guna duit juga.

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas