Trending
Ajal Dijemput Dalam Tidur, Isteri Meninggal Dunia Selepas Menyusukan Anak
Tular di aplikasi Threads luahan seorang individu mengenai kehilangan isteri tersayang, Nur Izzaty Hafizah binti Abuhuraira, dalam cara yang cukup tenang namun memilukan.
Dalam luahannya, pasangan ini telah merancang pelbagai perkara bersama, tetapi Allah lebih menyayangi isterinya.
Isteri meninggal dunia dalam tidur selepas menyusukan bayi

Pada 6 Januari 2025, isteri tersayangnya menghembuskan nafas terakhir dalam tidur selepas selesai menyusukan bayi mereka, Muhammad Faleeq Haq yang berusia dua bulan.
Apa yang lebih memilukan, kehilangan ini terjadi hanya beberapa hari selepas mereka sekeluarga pulang dari percutian ke Pulau Pinang.
Isteri ada jangkitan kuman di paru-paru
Suami ini berkongsi bahawa isterinya pergi dalam keadaan yang sangat damai iaitu di dalam pelukannya, tanpa sebarang keluhan sakit sebelumnya.

Walaupun sukar, beliau reda dengan ketentuan Allah. Pemeriksaan post-mortem mendapati arwah mengalami jangkitan paru-paru yang tidak disedari.
Dalam hantarannya, beliau menulis dengan penuh kasih sayang bahawa amanah Allah, anak kecil mereka, akan dijaga dengan sepenuh hati.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Threads @amirul_n4fis
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM