Connect with us

Oh! Media

Aisyah Hijanah Akhirnya Beri Respon Isu Fail Cerai Dan Janji Beri Kerjasama Penuh Atas Dua Pertuduhan Alif Teega

Untitled Design   3

Trending

Aisyah Hijanah Akhirnya Beri Respon Isu Fail Cerai Dan Janji Beri Kerjasama Penuh Atas Dua Pertuduhan Alif Teega

Sebelum ini kami ada melaporkan yang pempengaruh dan suami kepada Aisyah Hijanah, Alif Teega didakwa atas dua pertuduhan salah guna harta bagi program infaq iftar dan korban, berjumlah RM63,605.48.

BACAAliff Teega Didakwa Salah Guna Harta Program Infaq Lebih RM63k

Menurut laporan mStar, Aisyah walau bagaimanapun akan memberikan kerjasama penuh atas dua pertuduhan terhadap suaminya itu yang didakwa berlaku pada April dan Jun lepas.

IKLAN

Isteri kepada Alif itu juga berkata yang mereka berdua akan cuba menyelesaikan perkara itu dengan cara yang terbaik ketika ditemui pihak pemberita.

Insya-Allah kita akan selesaikan dengan cara baik dan beri kerjasama penuh sehingga ke akhirnya.

Untuk info, Alif mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menyalahgunakan dana awam dan minta dibicarakan pada prosiding yang berlangsung hari ini.

Mahkamah juga telah menetapkan 21 Oktober nanti untuk sebutan semula kes dan tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin.

Bukan tu jer, Aisyah juga tidak memberikan sebarang kenyataan apabila ditanya mengenai tindakannya yang memfailkan cerai terhadap suaminya itu sebelum ini.

Tiada komen.

Apapun, semoga dipermudahkan segalanya buat pasangan pempengaruh ini.

Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas