Connect with us

Oh! Media

Bossku Kembali Dengan Cadangan Memihak Rakyat Untuk Naikkan Pengeluaran KWSP?

kwsp

Oh! Negara

Bossku Kembali Dengan Cadangan Memihak Rakyat Untuk Naikkan Pengeluaran KWSP?

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau lebih mesra dipanggil Bossku kembali memberikan cadangan yang memihak kepada rakyat. Ini apabila beliau mencadangkan untuk kerajaan menaikkan pengeluaran i-Citra daripada RM5,000 kepada RM10,000.

ADVERTISEMENT

Bossku sebelum ini menjadi antara yang paling lantang bersuara apa sahaja yang memihak kepada rakyat. Mungkin itulah juga salah satu cara untuk memastikan namanya kembali mendapat sokongan rakyat.

Najib mencadangkan kenaikan ini ketika membahaskan Bajet 2022 selepas melihat kebanyakan rakyat menggunakan wang keluaran itu untuk membayar hutang. Ada juga yang menggunakannya sebagai modal memulakan perniagaan kecil selepas ramai hilang sumber pencarian akibat Covid-19.

Saya dapati ramai yang bersuara dan mendesak, sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan ataupun berniat untuk mengumpul modal memulakan perniagaan kecil mereka. Mereka bukan suka-suka nak keluarkan caruman mereka.

Justeru, saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan ke RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana ia amat dituntut oleh rakyat.

Kerajaan juga perlu kembali pulihkan simpanan rakyat dalam KWSP

Najib tidak hanya mencadangkan kerajaan untuk memberi rakyat keluarkan simpanan tetapi turut memikirkan cara yang boleh digunakan kerajaan untuk kembali pulihkan simpanan.

Antara cara yang dicadangkan beliau adalah kerajaan boleh memberikan projek lebih lumayan kepada KWSP. Contohnya, projek KWASA Land atau tanah Lembaga Getah Malaysia dan projek di United Kingdom. Selain itu, kerajaan juga boleh memberikan pemilikan 49 peratus KWSP di dalam syarikat PLUS. Ini sudah tentu mampu menjana kembali kewangan KWSP yang seterusnya diberikan kembali kepada penyimpan.

Bagaimanapun ini hanyalah cadangan dan diharapkan pihak kerajaan dapat membuat keputusan sebaiknya.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas