Connect with us

Oh! Media

Adira Suhaimi ‘Back Up’ Andika Putera Mengenai Isu Fesyen ‘Old Money’

Untitled Design   1

Trending

Adira Suhaimi ‘Back Up’ Andika Putera Mengenai Isu Fesyen ‘Old Money’

Kecoh di media sosial apabila pempengaruh, Andika Putera memaparkan dirinya memakai pakaian bertemakan fesyen ‘Old Money’ telah mengundang perhatian ramai.

Terbaru! Menerusi Instagram, penyanyi terkenal iaitu Adira Suhaimi tampil mempertahankan Andika Putera disebabkan ramai yang mengecam dan mempertikaikan kumpulan ‘Old Money Club’ yang ditubuhkahnya.

Adira Suhaimi Pertahankan Andika Putera

Img 3766

Bukan tu jer, Adira memperjelaskan yang trend memakai baju bertemakan ‘Old Money’ ini sudah ada dari dulu cuma sekarang fesyen itu diangkat semula.

IKLAN

Siapa-siapa tak kisahlah berduit ke tak berduit ke, kalau you suka, you buatlah. Simple macam tu je. 

Kadang-kadang kita pakai sebab kita suka, bukan sebab nak impress orang.

Apa Itu Fesyen ‘Old Money’?

Img 3765

Bagi yang belum tahu, gaya ‘Old Money’ merujuk kepada pakaian dan gaya hidup golongan yang berasal daripada keluarga kaya turun-temurun. 

Namun, Andika menjelaskan yang dia faham akan perkara itu tapi dia sebenarnya ingin mengetengahkan cara mereka berpakaian dan cara mereka berfikir.

Yes, tak ada siapa yang menidakkan yang Old Money ni adalah gelaran untuk orang yang mewarisi kekayaan turun temurun. 

Tapi apa yang Dika nak ketengahkan adalah bagaimana pemakaian mereka, lifestyle mereka, dan bagaimana cara mereka berfikir.

Walaupun ada yang menyokong usaha Andika untuk membawa trend ini, tidak kurang juga yang terus mengkritik. 

Ada beberapa komen yang berkata bahawa trend ini hanya sesuai untuk mereka yang benar-benar ‘berada’, tapi ada juga yang menganggap semua orang berhak bergaya mengikut citarasa sendiri.

Kalau suka, pakai je. Tak payah peduli apa orang kata.

Buat apa ikut gaya orang kaya kalau bukan realiti hidup kita?

#OhmediaNasihat

Fesyen adalah tentang ekspresi diri, bukan sekadar soal status atau kekayaan. Apa yang penting, pastikan gaya kita selesa dan sesuai dengan kemampuan sendiri.

Jangan terlalu peduli dengan kecaman orang lain selagi kita tidak melanggar batas norma. Jadi, teruslah bergaya dengan keyakinan, tetapi ingat untuk sentiasa berpijak di bumi nyata.

Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Andika Putera


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas