Connect with us

Oh! Media

Adik Jumpa Mayat Abang Dibungkus Dalam Bonet Lepas 2 Hari Hilang

Trending

Adik Jumpa Mayat Abang Dibungkus Dalam Bonet Lepas 2 Hari Hilang

Kecoh dia media sosial penemuan mayat seorang individu lelaki yang dijumpai sudah tidak bernyawa dalam bonet kereta jenis Honda City baru-baru ini. Allahu..

ADVERTISEMENT

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang pengguna yang mendakwa adik kepada mangsa mengatakan dia menjumpai kereta milik abangnya di kawasan Kampung Lombong, Shah Alam, Selangor.

Bukan tu jer, ada juga beberapa info yang mengatakan bahawa kereta tersebut dibiarkan tersadai tepi jalan sudah beberapa hari lagi sebelum adiknya menjumpai kereta itu.

Mayat dalam bonet

Adik kepada mangsa juga berkata yang dia mencari di sebuah kawasan projek yang dikendalikan abangnya sebelum menjumpai kereta tersebut dalam keadaan tidak berkunci dan menghidu bau busuk di bahagian bonet kereta.

Kemudian, dia terus membuka bonet dan menjumpai satu bungkusan plastik hitam yang diperayai adalah mayat.

Dipercayai, mangsa merupakan warganegara asing yang menetap di Saujana Utama, Sungai Boleh, Selangor dan keluar dari rumah untuk mendapatkan gaji daripada manjikan.

Sempat juga beberapa netizen menasihati orang lain agar tidak mendedahkan maklumat peribadi seperti harta kekayaan atau kemewahan kerana disyaki kes ‘pembunuhan’ yang terjadi dilakukan oleh individu dikenali dan mangsa juga merupakan pekerja buruh binaan.

Terkini! Pihak polis telah menahan 4 suspek warganegara Indonesia yang disyaki terlibat daam kes terbabit. Semoga dipermudahkan bagi mencari si pelaku!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas