Connect with us

Oh! Media

Trending

“Adik Pergi Atas Riba Mama”- Anak Kena Langgar Ketika Mahu Ke Sekolah, Pelaku Tak Minta Maaf

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah meninggal dunia semalam kerana telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika dalam perjalanan mahu ke sekolah.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh ibu mangsa, Emyliea Tarmidi di Facebook, dia berkata anak lelakinya iaitu Muhammad Adib Irffan tidak sempat melintas dan hanya berdiri menunggu di tepi jalan.

IKLAN

Anak saya kena langgar waktu nak pergi sekolah. Dia belum lagi melintas jalan, dia berdiri di tepi tunggu kenderaan.

Ujarnya, ketika kejadian berlaku jalan di situ masih lenggang dan tidak banyak kenderaan, namun seorang individu telah melanggar anaknya dan lampu sisi kereta individu itu telah berkecai.

Lenggang tapi ada hamba Allah ni langgar dia. Lampu sisi kereta orang itu berkecai, tiada kesan brek, bawa kereta laju di garisan kuning bonggol di hadapan, double line jalan.

Dalam pada itu, Emyliea meluahkan rasa kecewa apabila individu yang melanggar Adib tidak berjumpa dengan keluarganya untuk memohon maaf.

Walaubagaimanapun, dia berkata tidak akan membiarkan individu tersebut diam begitu sahaja dan akan menuntut keadilan atas kematian anaknya. Emyliea juga telah berkongsi gambar individu tersebut.

Sesiapa yang melihat kejadian semalam, nak sama-sama jadi saksi boleh jumpa saya.

Jangan kata anak saya kejar bas. Waktu itu, bas sekolah tidak sampai lagi.

Bas sekolah sampai sewaktu saya sedang memangku anak yang pada ketika itu kepala berlumuran darah.

Dalam satu hantaran yang lain, Emyliea telah meluahkan rasa rindu kepada anaknya. Dia tidak menyangka gambar raya pada tahun ini merupakan gambar terakhirnya bersama anaknya.

Mama tak ada banyak gambar dengan adik tapi tahun ni kita dapat raya bersama. 

Mama raya dengan adik di Gesir. Rupanya tahun ini tahun terakhir mama dengan adik.

Sehari sebelum adik pergi, adik baring atas paha mama. Adik pergi pun atas riba mama, sayang.

Dalam pada itu, Emyliea memberitahu bahawa Adib merupakan seorang yang sangat berjasa kepada keluarga.

6 July 2011 sehingga 5 November 2024, 13 tahun adik bersama mama.

Mama sayang adik. Sungguh banyak jasa kamu sayang.

Ya Allah, sekejap betul Allah pinjamkan kamu dengan mama.

#OhmediaNasihat

Kehilangan anak tersayang adalah ujian yang sangat berat, dan kita sebagai masyarakat perlu lebih berhati-hati di jalan raya. Hormatilah nyawa dan keselamatan pengguna lain, terutama di kawasan sekolah dan perumahan. Sama-sama kita doakan agar keluarga diberi kekuatan menghadapi dugaan ini dan semoga roh anak kecil ini dicucuri rahmat.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Emyliea Tarmidi


Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas