Connect with us

Oh! Media

Adik Lelaki Terkejut! ‘Awek Purdah’ Rupanya Seorang Lelaki, Keluarga Pula Kena Pukau?

Trending

Adik Lelaki Terkejut! ‘Awek Purdah’ Rupanya Seorang Lelaki, Keluarga Pula Kena Pukau?

Seorang wanita berkongsi kisah adik lelakinya ditipu oleh individu yang menyamar sebagai wanita bertudung purdah, tetapi sebenarnya seorang lelaki!

Menerusi Threads, kisah ini menjadi tular di media sosial kerana bukan sahaja mencetuskan gelak tawa, tetapi juga sedikit menyeramkan.

IKLAN

Menurut wanita itu, adiknya berkenalan dengan ‘wanita’ tersebut melalui aplikasi Bigo dan diberitahu bahawa individu itu berasal dari Sabah serta merupakan anak yatim piatu.

Sepanjang tiga minggu adik WhatsApp, video call, call bagai, memang tak tengok muka dia sebab berpurdah. Nak dijadikan cerita perempuan tu nak datang rumah sebab sebatang kara.

Terkejut lepas purdah terlucut!

Adiknya akhirnya menjemput ‘teman wanita’ itu di Pontian, tetapi mula merasa pelik apabila mendapati fizikalnya jauh berbeza daripada apa yang dilihat di aplikasi.

Namun, segala-galanya terbongkar apabila individu tersebut tidur di bilik ibu mereka.

Dalam masa sama, ibu hantar gambar ‘perempuan’ tu tidur. Purdah terlucut. Aku terkedu. Ibu berlari pergi bilik adik lelaki, tunjuk gambar tu. Terkejut member tengok muka ‘awek dia’.

Rupanya seorang lelaki! Keluarga kena pukau?

Hasil pemeriksaan, ‘teman wanita’ itu sebenarnya seorang lelaki dan telah ditahan oleh pihak polis.

Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa polis tidak menolak kemungkinan bahawa keluarga mereka telah dipukau oleh individu tersebut.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai yang terhibur tetapi dalam masa sama berasa seram dengan kejadian itu.

#ApaKataOhmedia

Berhati-hati ketika berkenalan di media sosial! Jangan mudah percaya, pastikan identiti seseorang sebelum membawa mereka ke rumah. Jangan sampai terkena seperti ini!

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Threads


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas