Connect with us

Oh! Media

“Ada Yang Tak Bagi Saya Basuh” – Wanita Buat Duit Dengan Jual Pakaian Dalam Terpakai

Trending

“Ada Yang Tak Bagi Saya Basuh” – Wanita Buat Duit Dengan Jual Pakaian Dalam Terpakai

Selang beberapa bulan, kebanyakan orang pasti akan menukar dan membeli pakaian dalam mereka yang baharu.

ADVERTISEMENT

Tapi korang pernah terfikir tak untuk membeli pakaian dalam terpakai? Nampak macam pelik dan menggelikan, tapi itulah realiti yang berlaku pada zaman ini.

BACA: Cerai Dengan Isteri, Atuk 90 Tahun Kahwini ‘Bekas’ Kakak Ipar 28 Tahun

Kaut untung hanya dengan jual pakaian dalam terpakai

Memetik laporan daripada Daily Star, seorang wanita bernama Natasha berjaya meraih pendapatan lumayan dengan menjual pakaian dalam terpakai pada harga sekitar $200 (RM879) bagi setiap item.

Menurut wanita itu, selepas beberapa bulan menjalankan perniagaan tersebut, dia berjaya mempunyai pelanggannya yang tersendiri dan menerima permintaan yang luar biasa terhadap perniagaannya itu.

Natasha turut menambah bahawa dia akan memastikan setiap pakaian dalam yang dijual kepada pelanggannya berada dalam kualiti yang terbaik.

Tak semua pakaian terpakai yang dijual itu kotor. Tapi saya perlu buat pemeriksaan bau terlebih dahulu sebelum ianya dijual.

Ada pelanggan tak suka apabila saya cuci pakaian dalam terpakai menggunakan sabun. Mereka tak nak bau sabun, sebaliknya mereka mahukan bauan asal.

Ada juga pelanggan yang suka ia berada dalam keadaan kotor.

Menurut Natasya lagi, dia sama sekali tidak menyesal untuk meninggalkan kerjaya lama dalam bidang pemasaran fesyen demi perniagaan aneh ini.

Malah, wanita berkenaan menyatakan bahawa pelanggan yang membeli pakaian dalam terpakai jauh lebih sopan berbanding pelanggan lamanya dalam bidang fesyen.

Pelanggan sewaktu kerja lama saya sangat biadab dan tidak sabar. Mereka pandai-pandai nak ajar
saya buat kerja. Tapi pelanggan baharu saya sangat baik.

Natasha yang merancang untuk mengembangkan perniagaan anehnya itu mangakui bahawa sukar untuknya mencari pekerja baharu memandangkan tak semua orang mampu mengikut jejak langkahnya.

Kredit: Daily Star

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas