Connect with us
abang bas

Trending

Abang Bas Menangis Didakwa Amang Seksual Kanak-Kanak, Dibenar Ikat Jamin RM30,000

Pemandu bas yang dikenali dengan panggilan Abang Bas menangis saat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Muar, Johor hari ini.

Memetik laporan Kosmo!, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dilihat hanya menunduk serta mengesat air matanya ketika rayuan jaminan dibuat.

IKLAN

Dalam pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Sayani Mohd. Nor, tertuduh berdepan dengan dua pertuduhan iaitu pertama, didakwa telah mencium pipi kanak-kanak perempuan yang merupakan anak saudaranya sendiri berusia 4 tahun bagi maksud seksual.

Perbuatan itu didakwa dibuat pada April sehingga September 2024 di dalam bas sekolah di Simpang Renggam dalam daerah Kluang kira-kira pukul 5 petang hingga 6 petang.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah memerhati kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun secara berulang antara pukul 5 petang hingga 6 petang bagi maksud seksual di dalam bas sekolah di Simpang Renggam dalam daerah Kluang, pada bulan ini.

Untuk pertuduhan pertama, tertuduh disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebat.

Manakala pertuduhan kedua, tertuduh disiasat bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Sayani Mohd. Nor membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan bersetuju dengan syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan sehingga kes selesai.

Memandangkan mangsa anak saudaranya sendiri, pendakwaan juga memohon syarat tambahan iaitu tertuduh tidak kacau ganggu mangsa dan semua saksi pendakwaan termasuk kakak dan ibunya sendiri.

Mahkamah menetapkan tarikh 10 Oktober ini untuk sebutan sebulan kes serta serahan dokumen.

abang bas

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas