Connect with us

Oh! Media

730 Akaun Bank Berjumlah RM80 Juta Dibekukan & 19 Individu Disyaki Terlibat Sindiket Cuci Duit Ditahan

Ohmedia duit kayanganpng

Trending

730 Akaun Bank Berjumlah RM80 Juta Dibekukan & 19 Individu Disyaki Terlibat Sindiket Cuci Duit Ditahan

Sebentar tadi, pihak SPRM sekali lagi mendedahkan bahawa mereka setakat ini telah menyita wang tunai berjumlah RM5 juta dan merampas 23 kenderaan mewah yang dipercayai terlibat dalam sindiket Cuci Duit.

Kes ini turut melibatkan beberapa orang artis Malaysia yang diberikan modal kewangan untuk memulakan perniagaan mereka.

Setakat in SPRM sudah membekukan 730 akaun bank membabitkan RM80 juta. Sementara, 19 individu yang disyaki terbabit dalam sindiket ini sudah ditahan. – Kata Ketua Persuruhjaya, Datuk Seri Azam Baki.

Sebelum ini pelawak dan penyampai radio terkenal Shuib Sepahtu turut telah dipanggil SPRM untuk memberikan maklumat bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, SPRM mengesahkan yang mereka telah menerima beberapa senarai nama selebriti yang turut akan dipanggil bagi memberi keterangan dan bantu siasatan kes.

IKLAN

Nampaknya mereka cuba menggunakan populariti artis bagi mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehkan mereka memperoleh lebih banyak keuntungan melalui kerjasama perniagaan.

Setakat ini lima individu termasuk seorang Datuk dan Datuk Seri telah ditahan, Ini termasuklah terbaru seorang pegawai polis di mana SPRM berjaya menemui wang tunai RM100,000.

Kredit: Harian Metro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas