Connect with us

Oh! Media

“Jangan Bagi Minum, Nanti Dia Kencing” – Saksi Pernah Dengar Siti Bainun Marah Tak Bagi Bella Minum Air

Trending

“Jangan Bagi Minum, Nanti Dia Kencing” – Saksi Pernah Dengar Siti Bainun Marah Tak Bagi Bella Minum Air

Saksi pendakwaan kelapan hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa kelibat yang dilihatnya berdiri berhampiran peti sejuk bukanlah makhluk halus sebaliknya, merupakan adik Bella.

ADVERTISEMENT

BACA: Dagu Bella Dipegang, Dipaksa Makan Nasi Goreng Campur Cili Oleh Siti Bainun – Saksi Kelapan

Kosmo melaporkan, saksi yang dikenali sebagai Suhana Zam, 40, memaklumkan perkara tersebut ketika sesi soal balas bersama peguam, Farhan Maaruf berhubung kelibat yang dilihatnya pada tengah malam ketika dia di rumah Siti Bainun Ahd. Razali sewaktu membuat kerja di kondominium di Wangsa Maju tahun lalu.

Ketika ditanya peguam sama ada saksi berasa takut ataupun tidak ketika melihat susuk tubuh berdiri di hadapan peti sejuk, dengan yakinnya dia menjawab bahawa dia tidak berasa takut sama sekali.

Sementara itu, saksi itu turut memaklumkan bahawa dia pernah mendengar Siti Bainun menjerit dengan nada marah ketika menyoal siapa yang memberi air kepada Bella.

Kak Haiza yang memberi air kepada Bella dan Kak Haiza bertanya apa masalahnya, Siti Bainun kemudian berkata ‘oh akak ke yang bagi, bukan apa Bella ini kalau minum dia suka kencing merata.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izalizam Sanusi akan bersambung lagi pada Khamis ini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas